UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hasmah Muhamed
Title :Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan temu bual dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan belajar melalui bermain berkesan membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik melalui permainan doh dan bongkah kayu khususnya dalam aspek kemahiran mengekalkan tumpuan dan perhatian, menjawab soalan secara bukan lisan, melibatkan diri dalam perbualan, melaksanakan tugasan dengan betul dan menunjukkan minat dan keinginan meneruskan pembelajaran. Kajian ini membuktikan pendekatan belajar melalui bermain berkesan bagi membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik di prasekolah pendidikan khas bagi mengurangkan masalah komunikasi yang dialami.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)